ARTICLES

Pasar Borong Wakaf Che Yeh (Night Market), Kota Bharu, Kelantan.

Pasar Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Wakaf Che Yeh merupakan sebuah pekan yang wujudnya hab membeli-belah terletak 7 km dari bandar Kota Bharu. Dari WM Homestay Kota Bharu ke pasar Wakaf Che Yeh ini hanya mengambil masa 10 minit.

Pasar malam Wakaf Che Yeh dibuka tujuh hari seminggu dan telah wujud lebih dari 10 tahun. Di waktu malam, keadaan di pasar malam Wakaf Che Yeh ini ibarat pesta, dipenuhi oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan dan pelancong.

Di sini anda akan menemui pelbagai produk tempatan dari fabrik, kasut, cadar, barang-barang keperluan rumah, cenderamata, minyak wangi hingga lah makanan dan minuman. Pada hari ini, tempat ini juga berfungsi sebagai pasar basah dan juga pasar borong untuk pelbagai produk yang termasuk kebanyakannya pakaian lelaki, wanita, dan kanak-kanak.

Apabila tiba malam, kawasan pasar malam utama dipenuhi dengan lampu berwarna warni di mana anda akan melihat peniaga-peniaga menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Terdapat juga gerai-gerai di sepanjang jalan-jalan utama yang meliputi kawasan yang luas. Barang-barang yang dijual adalah mengikut kawasan, oleh itu, memudahkan pelanggan untuk mencari apa yang mereka perlukan.

Berjalan ke arah bahagian seterusnya, anda akan mula melihat beberapa gerai menjual pelbagai jenis fabrik. Di sinilah anda akan menemui t-shirt, seluar jeans, pakaian dan kebanyakan fabrik tempatan biasa yang dijual secara runcit atau borong. Lorong-lorongnya agak sempit dan kebanyakan gerai diletakkan agak rapat. Kanopi sementara menutup beberapa gerai sekiranya hujan. Di lorong kasut, anda boleh menemui semua jenis kasut Nike, Adidas, Puma dan New Balance di sini.

Antara barangan popular yang dijual di Wakaf Che Yeh adalah minyak wangi. Daripada jenama antarabangsa sehinggalah produk Muslim, anda pasti teruja melihat pelbagai variasi dan jenis minyak wangi yang dijual. Untuk santapan, gerai-gerai makanan yang menjual pelbagai jenis hidangan tempatan adalah perkara biasa dan terletak di kawasan khusus. Antara makanan pasar malam yang terbaik boleh didapati di sini termasuk kuih-kuih tempatan yang sukar didapati di tempat lain.

Masa terbaik untuk mengunjungi pasar ini mungkin pada waktu malam kerana ianya lebih selesa dan sejuk untuk berjalan-jalan. Anda boleh menghabiskan masa beberapa jam di sini tanpa anda sedari. Tempat ini memang sesuai untuk membawa bersama keluarga serta anak-anak anda.